Wan Junaidi saran GiatMara buat kajian pasaran kerja

Permohonan Kemasukan GIATMARA Malaysia

KUCHING, Selasa — Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggesa GiatMara membuat kajian menyeluruh berkaitan prestasi pelatih, kursus ditawarkan serta penerimaan pasaran kerja terhadap pelatihnya.

Beliau berkata, selepas 20 tahun penubuhannya, pusat latihan kemahiran itu wajar membuat penilaian itu bagi membolehkannya memainkan peranan lebih aktif dalam memastikan semua itu memenuhi keperluan industri.

Ini penting bagi memudahkan lulusan GiatMara mendapat tempat dalam pasaran kerja, katanya ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi GiatMara Sarawak, di sini hari ini.

Sebanyak 274 graduan dalam bidang seperti penyelengaraan industri, kimpalan, penyejukbekuan dan penyaman udara, elektrikal, jahitan pakaian, masakan, kecantikan dan rangkaian computer daripada 10 pusat GiatMara di Kuching, Samarahan dan Serian menerima sijil masing-masing pada majlis itu.

Wan Junaidi berkata, GiatMara juga perlu melahirkan pelatih yang memiliki ciri-ciri yang mampu dan berani bersaing dalam pasaran pekerjaan dan perdagangan.

poster-pejuang-2016-723x1024

Beliau turut menggesa pihak majikan mengiktiraf kelayakan kemahiran lulusan GiatMara dan institusi latihan kemahiran yang lain dengan menawarkan gaji yang lumayan.

Menyentuh pasaran kerja di negeri Sarawak, Wan Junaidi berkata anak Sarawak harus bersedia untuk mengisi jawatan yang akan diwujudkan dalam pelbagai industri di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan industri gas dan minyak.

Katanya, inisiatif kerajaan negeri untuk menuntut Petronas memberi keutamaan kepada anak Sarawak untuk peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas di negeri ini harus dimanfaat sepenuhnya.  — Bernama

The post Wan Junaidi saran GiatMara buat kajian pasaran kerja appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?