Zahid jamin ROS tiada masalah luluskan penubuhan parti politik baharu

Minister of Defence YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA KANGSAR, Rabu – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan sebarang pendaftaran parti-parti politik yang baharu di negara ini.

Beliau berkata selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri, kelulusan akan diberi sekiranya ia memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Jika ada parti baharu yang mahu diwujudkan, saya sebagai Menteri Dalam Negeri akan meluluskannya kerana kita sebuah negara yang mengamalkan demokrasi,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran dan jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO/Barisan Nasional (BN) negeri Perak di sini malam ini.

Pada 14 Julai lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau berhasrat menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menarik perhatian apabila berkata beliau optimis penubuhan parti politik baharu tidak akan mampu menarik penyertaan anggota BN dan UMNO.

“Sejarah telah membuktikan banyak parti yang ditubuhkan sejak 1951, namun tidak mampu bertahan lama.

“Silalah buat parti baharu. Ahli UMNO dan BN tetap utuh dalam parti sebagai sebuah pasukan, biarkan parti serpihan datang dan pergi, tetapi UMNO tetap utuh,” katanya. – Bernama

The post Zahid jamin ROS tiada masalah luluskan penubuhan parti politik baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?