350 mahasiswa USM dipindah, bumbung asrama rosak
GEORGE TOWN, Jumaat – Seramai 350 mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) di kolej kediaman Desasiswa Cahaya Gemilang terpaksa dipindahkan ekoran masalah kerosakan teruk pada bumbung bangunan berkenaan.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPPA), Prof Datuk Dr Adnan Hussein berkata, USM mengosongkan sebahagian bangunan berkenaan dan membina penyokong pada struktur yang rosak sebagai langkah keselamatan setelah mendapat laporan daripada pelajar.
Oleh itu, pihak universiti mengambil keputusan untuk menutup dan mengosongkan sebahagian bangunan secara berperingkat bagi memudahkan kerja baik pulih dilakukan.
Difahamkan, bumbung berkenaan tidak runtuh secara tiba-tiba seperti mana tersebar dalam media sosial dan kerja baik pulih dijangka mengambil masa selama tiga bulan.
The post 350 mahasiswa USM dipindah, bumbung asrama rosak appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan