AGE: 30 kes direkodkan di tiga negeri setakat semalam
IPOH, Jumaat – Sebanyak 30 kes Gastroentritis Akut (AGE) dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak setakat semalam dipercayai selepas mandi di Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort.
Timbalan Pengarah Kesihatan Perak (Kesihatan Awam), Dr B.Venugopalan berkata 26 daripada kes tersebut direkodkan di Perak, manakala Kedah (11) dan Pulau Pinang (tiga).
“Kumpulan umur yang dijangkiti adalah antara lapan bulan hingga 53 tahun tetapi kesemuanya berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Venugopalan berkata kerja-kerja pembersihan kolam di taman tema itu telah dimulakan hari ini dan dijangka mengambil masa beberapa hari bergantung kepada proses diperlukan.
Semalam, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Juita Ghazalie berkata pihaknya telah mengarahkan taman tema air di resort tersebut ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 18 (1)(f), Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 198 (Akta 342).
AGE merupakan sejenis penyakit bawaan air sering dikaitkan dengan paip air yang tercemar dan antara simptomnya termasuk muntah-muntah, cirit-birit, demam selain kekejangan perut. – Bernama
The post AGE: 30 kes direkodkan di tiga negeri setakat semalam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan