Bursa Malaysia terima ancaman bom

bursa-malaysia

KUALA LUMPUR, Jumaat – Bursa Malaysia Bhd. telah mengesahkan bahawa Pengurusan Bangunan Bursa Malaysia telah menerima ancaman bom pada 12.01 tengah hari ini.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa telah dimaklumkan.

Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, semua penghuni dan kakitangan diminta mengosongkan bangunan dan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) diaktifkan.

Ia dibuka kembali pada pukul dua dan urus niaga untuk sesi tengah hari dimulakan pada pukul 2.30 tengah hari. – Bernama

The post Bursa Malaysia terima ancaman bom appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?