Burung Helang di Langkawi bukan untuk tujuan keagamaan: Nazri

CM20150901_Nazri_aziz_13_620_397_100

BANGI, Selasa – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, mendirikan replika burung helang di Langkawi bukan satu masalah kerana ia bukan digunakan untuk tujuan keagamaan.

Malah, beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim mengenai pembinaan replika sedemikian adalah haram dari segi Islam kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup, sebagai pandangan peribadi.

“Itu adalah pandangan dia, tidak wajar untuk memberi sebarang komen. Sebagaimana yang kita semua tahu, kita tidak menggunakan patung untuk bersolat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Tourism, Datuk Zulkifli Mohamad pula berkata, tiada keperluan untuk merobohkan tugu berkenaan kerana burung helang merupakan ikon bagi Langkawi.

“Jika pergi ke mana-mana destinasi pelancongan, di sana terdapat ikon seperti Menara Eiffel di Paris.

“Bila orang bercakap mengenai Langkawi, mereka akan terfikirkan burung helang. Saya berpandangan bahawa tujuannya hanya untuk penjenamaan dan pelancongan,” katanya.

Pengerusi Matta Kedah, Abd Rashid Hashim juga membantah sebarang idea untuk merobohkan replika burung helang.

“Adalah tidak logik untuk merobohkan tugu berkenaan. Tugu ikonik itu bukan sekadar ada di Langkawi sahaja, tetapi boleh didapati di tempat-tempat lain.

“Jika kita robohkan burung helang, pihak berkuasa mungkin terpaksa merobohkan tugu kucing di Kuching dan Tugu Negara di Kuala Lumpur,” katanya.

Pada 2 September lalu, dalam sebuah tulisan di akhbar Berita Harian, Ustaz Zamri menyatakan bahawa memasang replika burung helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.

Perkara itu dinyatakan selepas beliau menerima surat rasmi daripada sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanya hukum membuat replika burung helang untuk tempat yang berkaitan dengan binatang itu.

Bagaimanapun, dalam tulisan itu, Ustaz Zamri tidak merujuk kepada monumen burung helang di Langkawi, tetapi beberapa media liberal telah membuat rumusan sendiri dan memutarbelitkan kenyataan beliau.

Mengulas mengenai isu agar tugu ikon pelancongan seperti yang terdapat di Pulau Langkawi perlu dirobohkan, Ustaz Zamri berkata, itu atas budi bicara pihak berkuasa negeri berkenaan.

“Pandangan saya, jika monumen sedia ada tidak mahu dirobohkan, masih menjadi kewajipan pihak berkuasa untuk memastikan bahawa perbuatan yang membawa kepada syirik tidak berlaku dan tidak lagi membina replika binatang hidup yang sempurna.

“Bersesuaian dengan kehendak nas-nas yang ada, juga saranan kaedah ‘sad az zar’iah’ dan kalaupun ada perbincangan ulama mengenainya, maka keluar daripada khilaf adalah lebih utama iaitu tidak lagi membina replika mahupun bangunan berhala di dalam sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama negara,” katanya.

The post Burung Helang di Langkawi bukan untuk tujuan keagamaan: Nazri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian