Calon Pilihan Raya Gabenor Aceh wajib lulus ujian Al-Quran

gabenor

JAKARTA, Jumaat – Dua belas calon Gabenor dan Timbalan Gabenor di Aceh dikehendaki menjalani ujian mengaji Al-Quran sebagai satu syarat utama untuk bertanding dalam Pilihan Raya Gabenor tahun depan.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Pilihan Raya Suruhanjaya Bebas (KIP) Aceh, Ridwan Hadi berkata ujian berkenaan adalah salah satu syarat yang mesti dipenuhi calon.

“Ujian ini dikenakan ke atas semua calon yang bertanding dalam pilihan raya wilayah Aceh. Selain pilihan raya gabenor, 20 ahli majlis perbandaran di Aceh juga akan menghadapi pilihan raya serantau serentak tahun depan.

“Syarat lulus mengaji Al-Quran hanya terpakai di Aceh dan calon yang tidak boleh membaca al-Quran tidak akan lulus proses pencalonan sama sekali,” katanya dipetik Jakarta Post.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya bukan sekadar menilai keupayaan membaca ayat Al-Quran calon tetapi bagaimana bakal pemimpin tempatan itu mampu melaksanakan nilai-nilai kepimpinan seperti yang dinyatakan dalam kitab suci Al-Quran.

Dalam ujian kali ini, semua calon didapati lulus, satu peningkatan berbanding pilihan raya sebelum ini di mana masih ada calon yang gagal membaca Al-Quran.

Kesemua calon dibahagikan kepada enam pasangan dan menjalani ujian berkenaan di Masjidil Haram Baiturrahman Aceh di Banda Aceh, pagi hari berkenaan.

Mereka terdiri daripada Zaini Abdullah-Nasaruddin, Abdullah Puteh-Sayed Mustafa, Irwandi Yusuf-Nova Iriansyah, Tarmizi Karim-T Muksalmina, Zakaria Saman-T Alaidinsyah dan Muzakkir Manaf-TA Khalid.-Agensi

The post Calon Pilihan Raya Gabenor Aceh wajib lulus ujian Al-Quran appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?