Dr Asma wanita pertama dilantik Naib Canselor USM

asma

BANGI, Jumaat – Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Asma Ismail, dilantik sebagai Naib Canselor (NC) Universiti Sains Malaysia (USM) baharu.

Pelantikan yang berkuat kuasa mulai 4 Oktober 2016 sehingga 3 Oktober 2019 itu diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini.

Asma adalah NC wanita pertama dilantik bagi jawatan itu menggantikan Prof Datuk Dr Omar Osman yang tamat tempoh perkhidmatannya, Selasa lalu.

“Kementerian amat yakin dengan keupayaan Dr. Asma untuk membawa USM ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat terus menyumbang kepada pendidikan dan pembangunan negara.

“Kementerian juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Profesor Datuk Dr. Omar Osman di atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai Naib Canselor USM selama lima tahun bermula dari 27 September 2011 hingga 27 September 2016,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Asma merupakan NC wanita pertama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada tahun 2013, yang juga merupakan Ketua Pengarah wanita pertama.

Malah, beliau juga adalah satu-satunya Naib Canselor yang telah berkhidmat di dua buah universiti awam tempatan.

The post Dr Asma wanita pertama dilantik Naib Canselor USM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?