Erdogan cadang perintah darurat dilanjut setahun

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

 

 

ANKARA, Jumaat -Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mencadangkan perintah darurat di negara itu dilanjutkan sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun selepas cubaan rampasan kuasa Julai lalu.

Meskipun sudah tiga bulan insiden itu berlaku, Erdogan berkata, situasi politik dan ekonomi Turki kini masih dalam keadaan tidak stabil.

“Tempoh tiga bulan tidak mencukupi. Turki memilih untuk melanjutkan perintah darurat selama tiga bulan lagi. Mungkin 12 bulan (tempoh darurat) tidak mencukupi,” katanya.

Saranan itu dikemukakan Erogan sehari selepas mempengerusikan mesyuarat badan keselamatan tertinggi kebangsaan, yang dipanggil untuk melanjutkan perintah darurat semasa yang bakal tamat Oktober ini.

Susulan insiden rampasan kuasa yang berlaku, dilaporkan lebih 50,000 pengkhianat yang telah ditahan, digantung tugas dan dipecat.

Mereka antaranya adalah anggota tentera, guru, dekan university, kakitangan awam dan pengamal media yang sebahagian besarnya dipercayai penyokong kepada pemimpin antikerajaan yang berlindung di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen. – Agensi

The post Erdogan cadang perintah darurat dilanjut setahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?