Guru bebas pertuduhan miliki kertas soalan UPSR bocor
SEREMBAN, Jumaat – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Lenggeng, Nilai daripada pertuduhan memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara tidak sah, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Kamaludin Md Said mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan guru berkenaan P. Murugan, 38, pada 16 April tahun lepas.
Murugan didakwa memiliki kertas soalan Matematik 015/1 antara 8 Sept. dan 17 Sept. 2014 melalui seunit telefon pintar di sebuah rumah di Taman Sri Mawar, Mantin, dekat sini.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Azhan Hakim Nik Mahmood manakala Murugan diwakili peguam M. Haresh dan Ramzani Idris.- Bernama
The post Guru bebas pertuduhan miliki kertas soalan UPSR bocor appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan