Kalimah Allah: MAIWP tak dibenar jadi pencelah dalam semakan SIB

 

maiwp

PUTRAJAYA, Jumaat – Mahkamah Rayuan hari ini tidak membenarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) menjadi pencelah dalam semakan kehakiman gereja Sidang Injil Borneo(SIB) berkenaan hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan dan amalan keagamaan.

Perkara itu diputuskan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer yang mendapati MAIWP gagal membuktikan mereka mempunyai kepentingan dalam perbicaraan itu.

Bagaimanapun Hamid berkata, MAIWP masih boleh bertindak sebagai “amicus curiae” atau pihak yang berperanan memberikan pendapat undang-undang dalam prosiding mahkamah.

Dalam permohonan mereka sebelum ini, Gereja SIB dan presiden gereja, Datuk Jerry W.A Dusing@ Jerry W. Patel memohon untuk mendapatkan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan sebagai responden.

Mereka dilaporkan mencabar tindakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang merampas buku yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang pada 15 Ogos, 2007.

Buku berkenaan bagaimanapun dikembalikan kepada gereja itu pada 25 Januari 2008.

Pada 1 Oktober 2014, Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada gereja untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman berhubung hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam semua penerbitan dan bahan agamanya.

The post Kalimah Allah: MAIWP tak dibenar jadi pencelah dalam semakan SIB appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?