Keluarga beri pilihan kepada Nurshakinah, kekal di Perancis atau pulang
SUNGAI PETANI, Jumaat – Keluarga Nur Shakinah Naim menyerahkan keputusan kepada pelajar itu sama ada mahu meneruskan pengajian di Perancis atau bertukar ke mana-mana universiti di negara ini.
Ibunya, Nur Halizah Ahmad berkata, beliau bagi pihak keluarga tidak mahu terlalu mendesak dengan situasi yang berlaku.
Katanya apa yang diharapkan anaknya dapat melepasi detik dilalui dengan tenang sebelum membuat keputusan.
“Apa yang penting sekarang, dia perlu dibawa pulang ke Malaysia terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat mengenai masa depannya,” katanya.
Sebelum ini Shakinah yang merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) jurusan Kejuruteraan Kimia di Institute University of Technology (IUT) Roanne di Paris, sejak tahun lalu dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
Bagaimanapun, semalam Shakinah dimaklumkan telah selamat dan pulang ke bilik kediamannya.
The post Keluarga beri pilihan kepada Nurshakinah, kekal di Perancis atau pulang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan