Khianat punca gangguan bekalan air, pekerja digantung tugas
KUALA LUMPUR, Jumaat – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menggantung tugas seorang pekerjanya kerana disyaki terbabit dalam perbuatan khianat yang menyebabkan gangguan bekalan air hingga menjejaskan 340,000 pengguna di Klang dan Petaling, 1 September lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, pekerja terbabit digantung tugas pada 6 September lalu, manakala laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 9 September.
Katanya, laporan siasatan juga dikemukakan kepada Suruhjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), manakala bekalan pulih pada 2 September.
“Gangguan itu menjejaskan lebih 39,000 akaun di 24 kawasan di Klang dan 29,000 akaun di 27 kawasan di Petaling, terutama di kawasan Sime UEP,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Suhaimi berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan disiplin atau memecat pekerja yang didapati terbabit dalam perbuatan khianat.
Katanya, Air Selangor akan memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan mengelakkan sebarang kejadian gangguan bekalan air akibat kecuaian pekerja.
The post Khianat punca gangguan bekalan air, pekerja digantung tugas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan