Kurang 10 peratus projek DBKL diberi kepada kontraktor Bumiputera

dbkl

KUALA LUMPUR, Jumaat –  Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Wilayah Persekutuan menggesa supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lebih adil dan telus dalam pemilihan kontraktor.

 Yang Dipertua persatuan itu, Ahmed Zaharani Yusof Omar berkata pihaknya mahu agar DBKL memberi keutamaan kepada kontraktor Bumiputera yang beralamat dan beroperasi di ibu negara untuk melaksanakan projek di bawah seliaan DBKL.

“Di kebanyakan negeri, hanya kontraktor tempatan yang beralamat di negeri masing-masing sahaja diberikan peluang (mendapatkan projek),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

DBKL didakwa hanya memberi kurang 10 peratus daripada kira-kira RM900 juta nilai keseluruhan projek dalam setahun, kepada kontraktor Bumiputera.

Dalam pada itu, Ahmed Zaharani menyokong penuh langkah DBKL menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan 44 syarikat kontraktor yang memperoleh tender DBKL bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin lalu.

Beliau yang mewakili 1,342 anggota persatuan tersebut turut mencadangkan semua dokumen kontrak ditambah klausa dan terma yang membolehkan kontraktor terlibat disiasat dan diambil tindakan sekiranya ada unsur rasuah. —  Bernama

The post Kurang 10 peratus projek DBKL diberi kepada kontraktor Bumiputera appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?