Mualaf boleh isytihar, sembunyi keislaman, kata Zainul Rijal

zainulrijal_1

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Jumaat – Statistik orang bukan Islam memeluk agama Islam (mualaf) meningkat setiap hari di seluruh dunia termasuk di Malaysia, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Beliau berkata, banyak pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia membantu ke arah penghijrahan dan penghayatan Islam dalam kalangan mualaf.

“Pemelukan seorang bukan Islam kepada agama Islam merupakan suatu penghijrahan yang amat besar kesannya kepada orang yang memeluk Islam itu sendiri dan keluarganya.

“Ada kala keluarga yang bersikap terbuka akan reda dan menghormati keputusan orang yang memeluk Islam itu. Namun ada juga keluarga yang tidak dapat menerima hakikat bahawa saudara mereka telah mendapat nur hidayah daripada Allah SWT ini,” katanya hari ini.

Merujuk beberapa contoh kisah zaman Rasulullah SAW, Zainul Rijal berkata, orang Islam diberi pilihan sama ada mahu mengisytiharkan atau menyembunyikan status keislamannya.

“Dalam menentukan pilihan yang akan dibuat ini maka kemaslahatan dan kepentingan mualaf itu hendaklah diambil kira. Seseorang yang memeluk Islam sepatutnya mempunyai hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan untuk memilih sama ada mengisytiharkan ataupun menyembunyikan keimanannya.

“Jika kita memaksa seseorang itu untuk memberitahu orang lain tentang keislaman mereka, maka sebenarnya kita telah mengganggu hak asasi mualaf tersebut. Ia akan menyekat haknya untuk membuat pemilihan sedemikian,” katanya.

Malah kata beliau, hak merahsiakan keimanan itu juga bersesuaian dengan kehendak hukum syarak kerana rata-ratanya iman individu yang baru memeluk Islam dianggap masih belum kukuh.

“Sekiranya mereka ini membuat perisytiharan bahawa mereka telah memeluk Islam, sudah tentulah keluarga mereka akan datang memujuk agar kembali ke agama asal mereka dan pada ketika iman yang belum mantap ini mungkin mereka akan goyah dengan desakan dan pujukan keluarga ini.

“Oleh itu, kita perlu memikirkan mekanisme yang sesuai bagi memaklumkan kepada keluarga yang memeluk Islam itu agar keselamatan fizikal dan aqidah saudara baru ini akan dipelihara,” katanya.

The post Mualaf boleh isytihar, sembunyi keislaman, kata Zainul Rijal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?