Pengasas UMNO Gelang Patah umum keluar parti
JOOR BAHRU, Sabtu – Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Gelang Patah, Johor Datuk Baharom Abdul Ghani mengumumkan keluar parti ketika menyampaikan ucapan pada mesyuarat perwakilan bahagian pagi tadi.
Beliau turut memuat naik status memaklumkan keputusannya meninggalkan parti Melayu itu di laman Facebook miliknya Dato Baharom Abdul Ghani.
“UMNO Bahagian Gelang Patah yang ku tubuhkan selaku Ketua Penaja 1994 dan sebagai Adun 1995-2004… ku isytihar keluar daripada menjadi ahli semasa berucap sebagai pengerusi tetap di mesyuarat perwakilan UMNO Gelang Patah 10 September 2016,” tulisnya di Facebook.
Baharom dalam ucapannya pagi tadi mendakwa tindakan ini dbuat kerana sebahagian besar kepimpinan UMNO yang ada sekarang tidak menerima kenyataan sebenar akibat daripada krisis dihadapi parti itu.
“UMNO Gelang Patah ini amat dekat dengan saya. Tetapi pada hari ini, akibat daripada keadaan sedang berlaku, parti kita hari ini sudah menjadi parti yang pada pandangan saya, UMNO sudah berada dalam keadaan yang tak tahu saya nak sebut apa,” katanya kepada perwakilan dipetik sebuah portal.
Baharom ialah bekas Adun Tanjung Kupang, bekas ketua UMNO bahagian Gelang Patah dan bekas exco kerajaan negeri Johor.
The post Pengasas UMNO Gelang Patah umum keluar parti appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan