Ratusan cedera, tren rempuh stesen di New Jersey
Pekerja komuter dalam operasi menyelamat selepas insiden tren komuter di stesen Hoboken, New Jersey, semalam.
HOBOKEN, Jumaat – Sekurang-kuranya seorang terbunuh dan ratusan lagi cedera seelepas sebuah kereta api komuter merempuh stesen Hoboken di New Jersey awal pagi semalam.
Kemalangan itu menyebabkan kerosakan besar terhadap bangunan stesen berkenaan dan menghentikan perkhidmatan kereta api ketika waktu puncak bermula hari ini.
Pegawai Polis New Jersy (Transit), Jennifer Nelson berkata, mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal kerana mengalami pelbagai kecederaan, manakala terminal tren akan ditutup.
Beberapa imej dimuat naik di media sosial, menunjukkan kerosakan struktur bangunan stesen transit utama dimana bahagian bumbungnya ranap.
Sebuah stesen radio New York melaporkan, tren komuter itu melanggar dan merempuh penghadang tiket dan terus meluncur masuk ke kawasan lobi.
Gabenor New Jersey, Chris Christie berkata, sebelum ini jumlah kematian adalah tiga orang tetapi diturunkan kepada seorang dan seramai 114 orang lagi cedera.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional dan Pentadbiran Kereta Api Persekutuan menghantar pasukan ke tempat kejadian bagi melakukan siasatan. – Agensi
The post Ratusan cedera, tren rempuh stesen di New Jersey appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan