Tujuh warga asing ditahan milik MyKad palsu
PASIR GUDANG, Jumaat – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan tujuh warga asing selepas dipercayai memiliki MyKad palsu dalam beberapa serbuan awal pagi tadi.
Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Mohamad Yusri Hashim berkata, penahanan warga asing itu melibatkan lima lelaki dan dua perempuan berasal dari selatan Filipina dan Indonesia.
“Siasatan mendapati enam daripada mereka menggunakan MyKad palsu, manakala seorang lagi ditahan kerana memiliki kad pengenalan orang lain.
“Ada antara mereka mengaku membeli MyKad palsu dengan harga antara RM300 hingga RM1,000 daripada sindiket,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
The post Tujuh warga asing ditahan milik MyKad palsu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan