Tun Dr Mahathir individu terawal daftar ahli BERSATU
BANGI, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi individu terawal mendaftar sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan menjadi ahli seumur hidup dan membuat bayaran RM100.
Ini diikuti bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden penaja BERSATU dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, serta beberapa bekas pemimpin UMNO yang lain.
Turut sama ialah seorang lelaki Cina yang mendaftar sebagai ahli bersekutu.
Dalam siaran yang dibuat menerusi laman Facebook BERSATU, orang ramai yang hendak mendaftar sebagai ahli boleh berbuat demikian dengan mengisi borang di pusat pendaftaran parti itu di Suite 2.01, Epicure, No. 1, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Pendaftaran secara atas talian (on-line) juga dijangka boleh diaktifkan selewat-lewatnya minggu ke-tiga bulan September 2016 sepertimana dijadualkan.
The post Tun Dr Mahathir individu terawal daftar ahli BERSATU appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan