UKM, IUKL turut nafi beri PhD pada Azizan Osman

azizan-osman-600x360

BANGI, Jumaat – Susulan penafian Universiti Malaya sebelum ini, dua lagi pusat pengajian tinggi tempatan tampil menafikan pernah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor (PhD) kepada individu bernama Azizan Osman.

Jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, nama Azizan Osman tidak tersenarai dalam penerima dianugerahkan PhD oleh universiti itu.

Katanya, berdasarkan semakan yang dibuat mendapati tiada individu dengan nama tersebut memiliki PhD dalam jurusan psikologi dari universiti itu seperti yang didakwa.

“Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM,” katanya seperti dilapor akhbar Berita Harian, hari ini.

Selain UKM, turut menafikan dakwaan itu adalah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan idak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan Osman.

“Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman,” kata IUKL dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Universiti Malaya (UM) menafikan telah memberikan anugerah gelaran Ijazah Kehormat Doktor (PhD) Keusahawanan kepada Azizan Osman selepas isu berkenaan kecoh di media sosial.

The post UKM, IUKL turut nafi beri PhD pada Azizan Osman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?