22 maut banjir, 72 cedera akibat banjir di Mesir

banjir

KAHERAH, 30 Muharram 1438H Isnin – Sekurang-kurangnya 22 maut manakala 72 lagi cedera akibat banjir yang melanda Mesir sejak Khamis lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Khaled Megahed berkata, berkemungkinan mangsa maut mungkin meningkat berikutan masih ada keluarga yang belum melaporkan rekod kematian.

“Ada keluarga tidak melaporkan kehilangan saudara mara yang sudah pun dikebumikan sejak banjir bermula Khamis lalu,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak AS$5.6 juta (RM23.53 juta) untuk kawasan dilanda banjir termasuk wilayah selatan Sohaq, Sinai Selatan dan sepanjang pantai Laut Merah.

Media melaporkan penduduk di Ras Ghaib berang dengan tindakan kerajaan sehingga menghalang konvoi membawa Perdana Menteri Sharif Ismail.

Ras Gharib yang terletak di Teluk Suez adalah kawasan yang paling terjejas teruk dengan sembilan orang maut di kawasan itu. –Agensi

The post 22 maut banjir, 72 cedera akibat banjir di Mesir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?