Anak tempatan mahu jadi jutawan digalak ceburi perusahaan nanas

photo_2016-10-30_14-29-45

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

PONTIAN, 29 Muharram 1438H, Ahad – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menggalakkan orang ramai untuk menanam nanas secara komited bagi memenuhi pasaran komersial.

Ketua Pengarahnya, Haji Sahdan Salin berkata, ianya bagi tujuan menangani isu kekurangan bekalan pasaran luar negara yang saban hari permintaannya makin meningkat.

“Kami nak galakkan orang luar untuk sama menanam, yang berminat untuk keluarkan nanas secara komersial kerana kami tak mampu nak memenuhi semua pasaran luar, tak cukup tangan.

“Sesiapa yang tanam di bawah lima ekar, dia tak dapat nak sustain, tak dapat untung. Jadi kami cadangkan untuk menanam di tanah seluas 10 ekar, dengan bermodalkan RM50,000 hingga RM60,000.

“Bermula 10 ekar, keuntungan bersih setiap bulan boleh mencapai sehingga RM20,000. Ada juga yang betul-betul komited mengusahakan dah dapat RM800,000 dalam masa setahun.

“Orang takkan percaya, dengan tanam nanas, boleh jadi jutawan, tapi di sini lah peluang terutama yang muda-muda untuk berjaya menjadi jutawan dalam masa 5 tahun sekurang-kurangnya,” katanya kepada media sewaktu Lawatan di Ladang Nanas Alor Bukit, Pontian yang merupakan salah satu aktiviti di bawah Kembara Media Johor anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Selain itu, beliau berkata, penghasilan nanas di negara ini menjadi antara yang paling utama dieksport di serata dunia.

“Sekarang paling besar kita eksport ke Timur Tengah, ke Dubai, Iraq, Iran dan kemudian ada juga ke Jepun, Korea dan China.

“Buat masa sekarang, dalam masa sebulan kita keluarkan 20 kontena, kita nak sasarkan keluar 100 kontena sebulan,” katanya.

Fokus LPNM adalah untuk membuka kawasan-kawasan baru dan meningkatkan produktiviti serta menangani isu kekurangan bekalan buah ke kilang-kilang.

Mana mana individu, bakal pengusaha dan pengusaha nanas yang berminat boleh berhubung terus dengan pegawai kawasan mengikut pejabat negeri atau berhubung dengan Unit Latihan, Kempen, Penerbitan dan Pendaftaran, Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal seperti alamat yang tertera di laman web http://www.mpib.gov.my/.

The post Anak tempatan mahu jadi jutawan digalak ceburi perusahaan nanas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?