Bekas penuntut kolej di Mesir sertai Al-Qaeda dipenjara 12 tahun
KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1438H Isnin – Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang bekas penuntut kolej di Kaherah, Mesir atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas al-Qaeda.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, memutuskan demikian berikutan Mohamad Hidayat Azman, 20, yang merupakan individu pertama didakwa terbabit dengan kegiatan al-Qaeda di Malaysia.
Tertuduh didakwa menyertai kumpulan berkenaan antara 5 September 2014 dan 1 September 2015 dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Syria.
Shariff berkata, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 130J kanun sama iaitu dipenjara seumur hidup atau kurang 30 tahun atau denda, hartanya turut boleh dirampas jika disabit bersalah.
The post Bekas penuntut kolej di Mesir sertai Al-Qaeda dipenjara 12 tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan