ismakualaterengganu

BKM Isma Kota Bharu lancar Manual Usrah Keluarga

Oleh: Malek Raduan Kota Bharu, 25 Oktober – Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kota Bharu telah melancarka...

img_4045

Oleh: Malek Raduan

Kota Bharu, 25 Oktober – Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kota Bharu telah melancarkan Manual Usrah Keluarga ketika majlis sambutan hari keluarga Isma Kelantan.

Manual usrah keluarga ini akan digunakan sebagai rujukan kepada semua ahli Isma Kota Bharu. BKM Isma Kota Bharu mahukan setiap ahli keluarga mengadakan usrah sendiri yang terdiri daripada suami sebagai ketua, isteri sebagai pembantu dan anak-anak sebagai ahli usrah.

BKM berharap setiap ahli keluarga Isma Kota Bharu dapat merialisasikan hasrat murni ini agar menjadi sebahagian solusi terhadap isu-isu yang berbangkit hari ini dan menjadi keluarga contoh kepada masyarakat setempat.

img_4046

“Saya bersyukur kerana berpeluang melancarkan manual tersebut yang telah tertangguh beberapa bulan kerana mencari masa yang sesuai. Saya juga yakin ahli Isma Kelantan mampu melakukannya dan menjadi qudwah kepada masyarakat. Ia menjadi keperluan kepada masyarakat yang kini terdedah dengan gejala sosial yang semakin kritikal,” kata Ustaz Abdul Rahman Iskandar, ketua BKM Isma Kota Bharu selepas pelancaran Modul Usrah Keluarga ini.

 

 

Sumber

Related

TERKINI 1574505433491892472

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item