Cabaran Kinabalu 2016: Pemuda Isma terima bendera daripada Presiden

852106134_22267_1764605424081710871

Oleh Athirah Huda Zalhe

SEPANG, 30 Muharram 1438H, Isnin – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini menyerahkan bendera kepada pasukan pendaki Gunung Kinabalu yang disertai oleh 15 anggota Pemuda Isma.

Penyerahan bendera Isma itu dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 8 pagi tadi sebelum pasukan pendaki berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah bagi menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara itu.

Ketua Pemuda Isma, Muhammad Lukman yang turut serta dalam misi itu berkata, pendakian ke Gunung Kinabalu adalah cabaran baru kepada pasukan pendaki selepas berjaya menawan Gunung Irau dan Gunung Ledang sebelum ini.

“Ekspedisi yang dipanggil Cabaran Kinabalu 2016 ini akan diketuai oleh wakil dari I-Fitness, Farhan Nasri. Objektif kita mahu kibarkan bendera Isma di puncak Kinabalu.

“Pendakian kita akan bermula pada pagi esok, 1 November dan kita jangka sampai di puncak Kinabalu, sebelum Subuh pada 2 November,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Katanya, Pemuda Isma juga meletakkan sasaran jangka masa panjang untuk melahirkan wakil pertama yang berjaya berada di puncak gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest.

“Sudah pasti kita mahu melahirkan pendaki pertama Everest daripada kalangan ahli Isma sendiri. Itu sasaran jangka panjang kita,” katanya.

The post Cabaran Kinabalu 2016: Pemuda Isma terima bendera daripada Presiden appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?