Caj Perkhidmatan Penumpang bakal diumum tidak lagi

71399685688_950x600

BANGI, 30 Muharram 1438H, Isnin – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dijangka akan mengumumkan kadar baharu caj perkhidmatan penumpang (PSC) tidak lama lagi.

Dilaporkan, struktur baru PSC ditetapkan sebanyak RM11 untuk penerbangan dalam negeri (domestik), RM35 bagi destinasi di Asia, manakala destinasi antarabangsa pula sebanyak RM73 dan RM50, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Caj semasa yang ditetapkan di KLIA bagi destinasi antarabangsa adalah sebanyak RM65 dan perjalanan domestik RM9.

Sementara di KLIA2, caj yang dikenakan ke atas perjalanan domestik adalah RM6, manakala destinasi antarabangsa sebanyak RM32.

Memetik portal New Straits Times berkata, satu mesyuarat akan diadakan hari ini bagi membincangkan perkara tersebut, termasuk mesyuarat dalaman sebelum sebarang keputusan dicapai.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Malaysia Airlines Bhd dan 51 syarikat penerbangan asing lain menggesa supaya kadar PSC diseragamkan di KLIA dan KLIA2.

The post Caj Perkhidmatan Penumpang bakal diumum tidak lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?