Geng Minyak aktif samun stesen minyak di Kelantan tumpas

tahan

KOTA BAHRU, 30 Muharram 1438H, Isnin – Geng Minyak yang sebelum ini aktif melakukan kegiatan samun stesen minyak, tumpas dengan penahanan seorang anggota polis berpangkat Koperal serta enam lagi ahlinya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, dalam tujuh serbuan berbeza di Bachok dan Kota Bharu, polis menahan kesemua suspek berusia antara 18 dan 50 tahun.

“Serbuan pertama yang dilakukan di Bachok menemui dua lelaki dalam keadaan tergesa-gesa ke sebuah kereta di Kampung Tengah, Perupok pada pukul 4.30 petang dan hasil soal siasat membawa kepada penahanan lima suspek lain,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Selain itu, Ab Rahman berkata pihaknya turut merampas 34 barangan seperti sepucuk pistol jenis Walther P99 dan satu magazin Walther P99 berisi 10 butir peluru hidup 9mm, sepucuk pistol jenis Walther CP88, silinder magazin yang mempunyai lapan lubang, sepasang gari, enam bilah pedang serta pelbagai peralatan pecah rumah.

Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan awal mendapati jumlah kerugian yang dialami oleh beberapa stesen minyak berkenaan mencecah RM300,000 dan kesemua suspek direman sejak tarikh ditangkap sehingga Khamis ini di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan.

Katanya, pihaknya akan memburu saki-baki anggota kumpulan berkenaan menerusi satu pasukan khas yang ditubuhkan sejak September lepas bagi menyiasat kes rompakan terhadap stesen minyak di negeri ini.

The post Geng Minyak aktif samun stesen minyak di Kelantan tumpas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?