Harga minyak naik 15 sen berkuatkuasa tengah malam ini
BANGI, 30 Muharram 1438H, Isnin – Harga runcit petrol dan diesel akan naik sebanyak 15 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini.
RON95 akan dijual pada harga RM1.95 seliter, RON97 RM2.30 seliter dan diesel di RM2 seliter, lapor laman web berita automotif, Paultan.org.
Ianya adalah lebih tinggi daripada harga pada Januari iaitu RM1.85 (RON95), RM2.25 (RON97) dan RM1.60 (diesel).
Kerajaan menentukan harga bahan api melalui sistem apungan terurus.
Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya.
The post Harga minyak naik 15 sen berkuatkuasa tengah malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan