Hubungan Malaysia-China masuk fasa istimewa: Najib

najib-gestures

KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1438H, Isnin – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan hubungan diplomatik Malaysia dengan China memasuki fasa istimewa.

Beliau juga menyatakan komitmennya untuk membina hubungan yang kuat dan stabil dengan negara itu di samping akan meneruskan pengukuhan dan pencapaian-pencapaian baharu.

Dalam satu temu bual eksklusif mengenai lawatan rasminya ke China bermula hari ini, Najib menyifatkan negara itu sebagai kawan sebenar dan rakan strategik dan hubungan antara kedua negara bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara malah membawa kepada kestabilan dan keharmonian serantau.

“Hubungan ini saya turut komited secara peribadi, bukan hanya sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi juga sebagai anak Tun Razak, bekas Perdana Menteri kita yang mula-mula membina hubungan diplomatik dengan China sejak 42 tahun lalu,” katanya lapor China Daily hari ini.

Najib juga bersetuju dengan kenyataan Presiden China Xi Ping yang menyifatkan hubungan Malaysia-China adalah ‘rapat seperti bibir dan gigi’.

Xi Ping juga mengiktiraf Malaysia sebagai jiran, rakan dan kawan yang baik.

Najib juga menjelaskan sejak 2013, hubungan dua hala yang telah dinaiktaraf menjadi ‘Perkongsian Strategik Menyeluruh’, telah menjayakan banyak projek infrastruktur antaranya jalan kereta api, hartanah dan tenaga, pembukaan Universiti Xiamen kampus Malaysia dan pertambahan pelancong China ke Malaysia yang diharapkan berjumlah 2 juta menjelang akhir tahun ini.

Mengulas mengenai kerjasama ketenteraan, Najib berkata beberapa persetujuan telah dicapai dalam tempoh beberapa tahun.

Selain latihan ketenteraan bersama yang telah diadakan pada 2015, Najib juga berkata kedua-dua negara akan memuktamadkan satu perjanjian pertahanan yang pertama seumpamanya sepanjang lawatannya kali ini.

Najib juga memberitahu sejumlah perjanjian baharu dan persefahaman dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pertahanan, pendidikan dan inovasi akan dimeterai dalam lawatannya.

Lawatan ini adalah yang kali ketiga bagi Najib sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Katanya lagi, jumlah dagangan antara kedua negara telah mencecah 100 bilion dolar AS pada 2013 dan angka itu akan meningkat.

The post Hubungan Malaysia-China masuk fasa istimewa: Najib appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?