Jangan ‘beri muka’ kepada pengemis

images

KUALA LUMPUR, 19 Muharram 1438H, Khamis – Orang ramai diminta agar tidak ‘memberi muka’ kepada pengemis dan gelandangan dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan golongan itu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, tanpa sokongan daripada masyarakat, masalah berkenaan akan berterusan dan sampai bila-bila tidak dapat diselesaikan.

“Bukannya kerajaan tidak menyediakan pusat perlindungan kepada pengemis dan juga gelandangan namun mereka sering melarikan diri seolah-olah menyukai cara hidup yang lama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kembara Ilmu, Kita Skor! di sini hari ini.

Loga berkata, punca masalah ini berulang adalah kerana golongan itu menerima pelbagai bantuan seperti makanan dan kewangan daripada orang ramai.

“Tidak salah untuk membantu tetapi haruslah pada saluran yang betul. Agak susah untuk mengatasi masalah ini sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada orang ramai,” katanya.

Malah, Loga berkata, golongan pengemis dan gelandangan memerlukan masa untuk dididik agar menerima kehidupan yang lebih baik di pusat-pusat perlindungan.

The post Jangan ‘beri muka’ kepada pengemis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian