Johor mohon ATM lanjutkan operasi Hospital Medan

untitled

JOHOR BAHRU, 30 Muharram 1438H, Isnin – Kerajaan Johor memohon Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya melanjutkan operasi Hospital Medan yang ditempatkan di perkarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, ketika ini, hospital berkenaan boleh digunakan selama dua minggu dan pihaknya berhasrat melanjutkan tempoh itu.

“Doktor dan kakitangan HSA turut ditugaskan secara bergilir membantu operasi Hospital Medan atau Bas Bergerak Perubatan Tentera yang mula digunakan esok.

“ATM akan membuat pertimbangan kerana hospital ini akan digunakan untuk misi bencana alam seperti banjir.

“Kesudian ATM membantu keperluan di HSA amat kita hargai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kelmarin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Abdul Razak Md Yusoff berkata, perkhidmatan yang beroperasi 24 jam itu akan menjalankan rawatan kecemasan dan pembedahan awal.

“Lima kontena ATM termasuk dewan bedah dan tempat simpanan peralatan ditempatkan di HSA yang merangkumi keluasan 242.8 meter persegi di perkarangan tempat letak kenderaan hospital,” katanya.

The post Johor mohon ATM lanjutkan operasi Hospital Medan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?