Kerajaan yang rugi bila tak bahas RUU 355, kata PAS

1615_Politik_Idris-Ahmad

KUANTAN, 30 Muharram 1438H Isnin – Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang akan rugi bila tidak membahaskan Rang Undang-Undang pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) di Parlimen pada sesi ini.

Beliau berkata, PAS tidak rugi sekiranya ‘dikencing’ lagi oleh UMNO kali ini, tapi UMNO lah yang rugi.

Ini kerana katanya, ramai ahli dan penyokong UMNO termasuk imam-imam masjid sudah menyokong agar RUU 355 ini dipinda bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Jadi jika UMNO tipu dengan tidak sokong pindaan ini, UMNO yang rugi bukan PAS,” katanya dalam satu ceramah di Kuantan, malam tadi.

Ini berikutan ketika ini dilaporkan berkemungkinan RUU 355 tidak dapat dibahaskan ekoran usul kerajaan perlu didahulukan.

Mengulas lanjut Ustaz Idris berkata, PAS tidak pernah kisah sekiranya ditipu lagi oleh UMNO dalam isu RUU ini

“Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu.

“Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah,” katanya.

The post Kerajaan yang rugi bila tak bahas RUU 355, kata PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?