KPDNKK rampas minyak masak bernilai RM150,000 untuk diseludup ke Thailand

BUTTERWORTH, 16 Jun -- Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suhairi Mat Sari melihat botol minyak masak yang dijual di Pasaraya Billion, Butterworth bagi memantau dan memeriksa pelaksanaan skim kawalan harga sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat islam tidak lama lagi. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

TUMPAT, 30 Muharram 1438H, Isnin – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan hari ini merampas minyak masak bernilai RM150,000 termasuk mesin memproses di sebuah kilang pembungkusan di Simpang Tiga Kampung Getting.

Pengarah KPDNKK negeri itu, Datuk Ab Ghani Harun berkata, pihaknya merampas 765 kilogram minyak masak yang siap dibungkus, manakala 20,650 kilogram lagi minyak masak yang berada di dalam tangki.

“Kami dapati mereka tidak dapat menyatakan dengan jelas aktiviti keluar masuk minyak masak di dalam buku stok jualan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Tindakan ini mengelirukan pihak kami sama ada minyak masak di sini dijual kepada orang ramai atau penyeludup.

Pihak kami mengambil tindakan merampas minyak masak dan menyita kilang untuk tujuan siasatan. Kes ini akan disiasat di bawah Peraturan 13(3) Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, perkara ini berlaku antaranya disebabkan jarak kilang ini yang terlalu dekat dengan sempadan.

Ini memudahkan mereka menjalankan aktiviti penyeludupan minyak masak dan seperti yang sedia maklum kilang ini sudah beroperasi selama 10 tahun.

“KPDNKK bersama agensi penguat kuasa lain akan terus menjalankan operasi bagi menghalang masalah penyeludupan daripada berterusan terutama di kawasan sempadan ini,” katanya.

The post KPDNKK rampas minyak masak bernilai RM150,000 untuk diseludup ke Thailand appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?