Lebih 300 juta kanak-kanak hirup udara toksik melampau
WASHINGTON, 30 Muharram 1438H, Isnin – Dianggarkan lebih 300 juta kanak-kanak seluruh dunia hidup dalam udara toksik yang sangat tercemar sehingga boleh menyebabkan kerosakan fizikal dan perkembangan otak,
Menurut kajian terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), hampir satu daripada tujuh kanak-kanak ini menghirup udara luar yang mana dilaporkan enam kali lebih tercemar daripada garis panduan antarabangsa.
Situasi ini sekali gus meletakkan pencemaran udara sebagai faktor utama kematian kanak-kanak.
Kajian itu diterbitkan seminggu sebelum menjelangnya persidangan tahunan perubahan iklim PBB yang akan dihoskan Maghribi pada 7 hingga 18 November ini.
Susulan itu, pihak yang mempromosi hak dan kesejahteraan hidup kanak-kanak menggesa pemimpin dunia mengambil langkah segera bagi mengurangkan pencemaran udara di negara mereka. – Agensi
The post Lebih 300 juta kanak-kanak hirup udara toksik melampau appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan