Mayat wanita ditemui tersangkut pada jambatan besi Sungai Kinta

chzplnauwaexnvh

BATU GAJAH, 29 Muharram 1438H, Ahad – Mayat seorang wanita ditemui tersangkut berhampiran jambatan besi di Sungai Kinta, Jalan Gopeng, di sini, semalam.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian baju-T lengan panjang berwarna hitam dengan tulisan Umbro, berseluar dalam dan kain batik tergulung di pinggang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Mustaza Shafri berkata, mereka dimaklumkan pertemuan mayat wanita itu kira-kira jam 6 petang semalam.

Katanya, wanita itu dipercayai mati kira-kira empat hari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mayat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat

The post Mayat wanita ditemui tersangkut pada jambatan besi Sungai Kinta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?