Murid hidap kanser rahang meninggal dunia

kanser-rahang

JERTIH, 22 Muharram 1438H, Ahad – Murid Sekolah Kebangsaan Nyior Tujuh, Muhammad Syafi Mohd Syahrisan meninggal dunia akibat menderita penyakit kanser rahang sejak dua tahun lalu.

Murid berusia 7 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya, Norzuriana Madri, 38, dan bapa, Mohd Syahrizan Ibrahim, 39, di rumah keluarganya di Taman Selasih, Padang Landak, pada jam 3 petang tadi.

Pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai keluarganya, malah turut dirasai netizen berikutan penderitaan beliau yang menarik perhatian banyak pihak termasuk pemimpin kerajaan.

Pada Ogos 2014, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan mengesahkan Allahyarham menghidap ‘’Infantile Fibrosarcoma’ menerusi pembedahan biopsi.

Norzuriana berkata, Allahyarham menerima rawatan di HUSM pada minggu lepas dan kelihatan sihat, tetapi hanya sekejap sahaja kerana kesihatannya kembali merosot malam tadi sehingga dia menghembuskan nafas terakhir petang ini .

“Saya redha dengan pemergiannya setelah dua tahun menderita,” katanya.

Dilaporkan, jenazah Muhammad Syafi akan dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Kampung raja, selepas solat Isyak malam ini.

The post Murid hidap kanser rahang meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?