Parlimen mungkin tidak sempat bahas RUU Hadi, kata Azalina

AZALINA / FINAS /MENARA PNB

KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1438H Isnin – Parlimen berkemungkinan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusulkan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Bercakap perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam wawancaranya bersama Sin Chew Daily berkata, urusan kerajaan perlu didahulukan, lebih-lebih lagi Dewan Rakyat hanya berbaki dua hari selepas perbahasan Bajet 2017.

“Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai.

“Kita hanya ada dua hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa melainkan kita semua bermalam di Parlimen,” katanya.

Difahamkan, sidang Dewan Rakyat ini akan berakhir pada sesi ketiga 24 November ini,

Terdahulu, pada hari pertama persidangan bermula 17 Oktober, usul yang sepatutnya dibentangkan Abdul Hadi berada pada nombor empat dalam kedudukan kertas perintah, sebaliknya masuk hari kedua, ianya tidak sempat dibahaskan ekoran jatuh ke nombor tujuh.

The post Parlimen mungkin tidak sempat bahas RUU Hadi, kata Azalina appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?