PAS masih optimis RUU355 dapat dibentang

KOTA BHARU 23 February 2015. ( KBM815L / KBB912M / KBE061C ) Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan (tengah) menjelaskan mengenai hukum hudud pada sesi penjelasan hukum hudud kepada media Kelantan di Hotel Perdana Kota Bharu. NSTP/Syamsi Suhaimi

KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1438H, Isnin – PAS masih optimis dan menaruh harapan bahawa Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU355) yang dikemukakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, usul berkenaan perlu dibentangkan kerana ia sudah tersenarai dalam kertas perintah dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Saya masih optimis, masih menaruh harapan, itu perkara biasa, kita tunggulah. Terpulang kepada mereka (kerajaan) tetapi kami masih berharap agar usul itu dibentangkan pada sidang kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, PAS masih mampu bertoleransi jika usul mengenai RUU Akta 355 yang dibawa Abdul Hadi itu ditunda ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berpendapat bahawa usul berkenaan mungkin tidak dapat dibentangkan pada sesi kali ini,

“Menurut kalendar, selepas perbahasan bajet berakhir, akan ada dua atau tiga usul menunggu untuk diluluskan.

“Kami hanya mempunyai dua hari untuk menyelesaikan semua urusan, saya tidak tahu sama ada akan ada masa (untuk RUU Hadi),” kata Azalina dipetik Sin Chew Daily.

The post PAS masih optimis RUU355 dapat dibentang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?