Pasukan khas siasat kaitan Bersih dengan George Soros bakal diwujudkan

soros-teaser-3_3

KUALA LUMPUR, 30 Muharram 1438H, Isnin – Sebuah pasukan khas bagi menyiasat dakwaan gerakan Bersih dibiayai oleh Yayasan Masyarakat Terbuka (OSF) milik George Soros bakal ditubuhkan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kesahihan pembongkaran laman web DC Leaks itu perlu diteliti secara terperinci.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan tidak boleh tergesa-gesa membuat kesimpulan kerana banyak berita mengenai kerajaan disiarkan dan perlu ditangani secara tertib.

“Kita perlu melihat dengan teliti sama ada ia melanggar peruntukan undang-undang negara kita.

“Jika perkara itu disabitkan dengan undang-undang, barulah kita mengambil langkah selanjutnya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, yang mahu pasukan khas seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diwujudkan bagi menyiasat dakwaan itu.

The post Pasukan khas siasat kaitan Bersih dengan George Soros bakal diwujudkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?