Penjawat awam Selangor bakal terima dua bulan gaji

kakitangan-awam-selangor-dapat-bonus-sebulan-setengah-gaji

SHAH ALAM, 30 Muharram 1438H, Isnin – Penjawat awam di seluruh negeri bakal menikmati bantuan khas kewangan dua bulan gaji dengan peruntukan kewangan sebanyak RM57.52 juta.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian itu dibuat sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan penjawat awam yang terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

“Kerajaan Negeri bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam sebagai menghargai sumbangan mereka,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembayaran gaji sebanyak satu setengah bulan telah dilakukan pada 1 Julai 2016 yang lalu.

“Bagi melengkapkan lagi bantuan khas kewangan tersebut, setengah bulan lagi akan dibayar pada 20 Disember 2016 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak-anak,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran bantuan khas kewangan dua bulan gaji memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 57.25 juta.

Terdahulu, satu bulan setengah gaji dengan implikasi kewangan sebanyak RM44.1 juta dikeluarkan bagi tujuan pembayaran bantuan kewangan.

The post Penjawat awam Selangor bakal terima dua bulan gaji appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?