Piala Malaysia: Cuti peristiwa di Kedah hari ini
BANGI, 30 Muharram 1438H, Isnin – Kedah cuti hari ini. Ia adalah sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat yang memberi sokongan padu kepada skuad Lang Merah yang mencatat kemenangan menjuarai Piala Malaysia, malam tadi.
Ia adalah cuti peristiwa selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951. Sekiranya majikan tidak boleh memberikan cuti pada hari itu, mereka perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan.
Majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari Isnin tersebut kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peraturan undang-undang yang berkaitan.
Selain cuti itu, pemain Kedah bakal membawa pulang RM25,000 tiap seorang, selain bonus mengadakan perlawanan di luar negara.
BERITA BERKAITAN
The post Piala Malaysia: Cuti peristiwa di Kedah hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan