PM Israel akan lawat Singapura

defense-gov_photo_essay_110325-d-xh843-010

SINGAPURA, 30 Muharram 1438H, Isnin – Media Israel, Jerusalem Post melaporkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu akan melawat Singapura tiga bulan lagi.

Ia sebagai membalas lawatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ke Israel pada April lalu.

Netanyahu juga mengumumkan akan melawat Australia, Kazakhstan dan Azerbaijan, katanya ketika mesyuarat Kabinet semalam.

Bagaimanapun, tarikh lawatan tidak didedahkan.

Terdahulu, Netanyahu dilaporkan berkata lawatannya membuktikan hubungan antarabangsa Israel berkembang walaupun kehilangan dua undi dalam Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Jerusalem, pada awal bulan ini.

“Ini tidak bermakna kami tidak dicabar dalam forum antarabangsa seperti yang kita dapat lihat dalam keputusan skandal UNESCO.

“Namun, tidak dapat disangkal lagi bahawa organisasi antarabangsa dan juga undian seperti itu akan berlaku perubahan,” katanya.

The post PM Israel akan lawat Singapura appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?