Program Dwibahasa di sekolah akan ‘memiskinkan’ Bahasa Melayu : DBP

zai_3692

KUALA LUMPUR, 5 Muharram 1438H, Khamis – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini meminta 300 buah sekolah yang mengamalkan Program Dwibahasa (DLP) dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar menyemak semula kaedah pengajaran itu.

Pengerusi Lembaga Pengelolanya, Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar berkata, semakan itu perlu bagi memastikan hak bahasa Melayu tidak dirampas dan sentiasa diberi keutamaan.

“Pengenalan DLP dalam pembelajaran Sains dan Matematik disifatkan sebagai tidak betul, selain diibaratkan sebagai ‘lain yang sakit, lain yang diubati’ kerana ia adalah rampasan yang akan ‘memiskinkan’ bahasa Melayu.

“Tidak mustahil satu hari nanti kita akan melihat bahasa Melayu hanya digunakan dalam kelas bahasa Melayu atau drama saja,” katanya.

Sebelum ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah kaedah pengajaran bahasa Inggeris di sekolah tidak efektif dan telah meminggirkan kegunaan bahasa Melayu.

Baginda, berharap sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Malaysia diubah.

Selain itu, perkara yang mendatangkan kemusykilan adalah DLP tidak digunakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan malahan pengenalan ini telah melanggar Akta DBP, sepatutnya memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan wasiat Raja-raja Melayu dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Namun, setakat ini, hanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sahaja yang merujuk kepada DBP dalam menamakan projek pembangunan mereka menggunakan bahasa Inggeris tetapi perkara ini tidak diendahkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

The post Program Dwibahasa di sekolah akan ‘memiskinkan’ Bahasa Melayu : DBP appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?