Siti Kasim disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan
BANGI, 10 Muharram 1438H, Selasa – Aktivis liberal, Siti Zabedah Kasim telah disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan kelakuan biadab menunjukkan jari tengah kepada hadirin sebuah forum bulan lepas.
Beberapa laporan polis telah dibuat ke atasnya kerana telah mengeluarkan ‘perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang‘.
Dia yang merupakan seorang peguam telah memberi keterangan di IPD Shah Alam dengan kehadiran peguamnya.
“Saya diberitahu saya disiasat mengikut Seksyen 509 (Kanun Keseksaan). Siasatan berjalan baik dan mereka (polis) menjalankan tugas dengan profesional),” katanya kepada sebuah portal liberal.
Ketika forum mengenai RUU 355 pada 5 September lalu, Siti Kasim menunjukkan jari tengahnya kepada hadirin setelah berang diganggu ketika memberikan pandangan menentang cadangan pindaan Akta 355.
Kanun Keseksaan (Akta 574) menetapkan bahawa ‘barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya‘.
BERITA BERKAITAN:
Tunjuk jari tengah: Siti Kasim beri keterangan kepada polis malam ini
Ia antara saya dengan Tuhan, kenapa saya perlu ikut Islam kamu?, kata seorang peguam wanita
The post Siti Kasim disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan