Tren lewat: Pengguna LRT, Monorel, MRT boleh tuntut ganti rugi

KUALA LUMPUR 04 FEBRUARY 2016. Pengguna penumpang harian menggunakan perkhidmatan rel meliputi laluan LRT Kelana Jaya, Laluan LRT Ampang, Laluan Monorel dan perkhidmatan bas Rapid KL. NSTP/Surianie Mohd Hanif

BANGI, 30 Muharram 1438H, Isnin – Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel boleh menuntut bayaran balik tambang sekiranya perkhidmatan pengangkutan awam itu mengalami kelewatan sekurang-kurangnya 15 minit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri berkata, penumpang yang berdepan dengan kelewatan pengangkutan itu juga mempunyai pilihan untuk menuntut kupon, yang boleh digunakan sebagai tiket ganti pada hari berikutnya.

“Dasar yang sama juga akan dikenakan kepada MRT (Mass Rapid Transit), yang dijangka beroperasi menjelang akhir 2016 ini,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Alor Gajah, Koh Nai Kwong, hari ini.

Koh bertanya sama ada kerajaan akan melaksanakan sistem pampasan bagi penumpang LRT dan KL Monorel yang terjejas ekoran mengalami kelewatan.

Koh berkata, pengguna pengangkutan awam di United Kingdom dan Jepun sebagai contoh, berhak mendapat semula ganti rugi mereka jika mengalami kelewatan perkhidmatan.

Malah katanya, di London pengguna boleh menuntut balik bayaran ganti rugi secara atas talian sekiranya perkhidmatan itu tertunda selama 15 minit.

Katanya lagi, sebarang sistem pampasan akan menggalakkan Prasarana Malaysia Bhd menguruskan syarikat LRT dan KL Monorail untuk memastikan kecekapan serta menaik taraf sistem perkhidmatannya secara menyeluruh.

The post Tren lewat: Pengguna LRT, Monorel, MRT boleh tuntut ganti rugi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?