Turki pecat 10,000 kakitangan awam, media ditutup

137b480f2ed04e839b626715d6b70767_18

ISTANBUL, 30 Muharram 1438H, Isnin – Turki memecat 10,000 kakitangan awam dan menutup 15 lagi cawangan media berikutan dipercayai mempunyai hubungan dengan organisasi pengganas dan dalang kepada rampasan kuasa, Fethullah Gulen.

Dalam tindakan itu, lebih 100,000 orang telah dipecat dan digantung tugas, manakala 37,000 lagi ditangkap sejak cubaan rampasan kuasa di Turki pada Julai lalu.

Kerajaan sebelum ini menegaskan supaya membanteras keseluruhan penyokong atau pihak yang terlibat dalam rampasan kuasa dari sistem pentadbiran yang diperintah Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Ribuan ahli akademik, guru, pekerja kesihatan, pengawal penjara dan pakar forensik antara yang terbaru diberhentikan daripada jawatan mereka pada Sabtu lepas.

Sementara itu, 15 belas agensi berita akhbar, atas talian dan majalah yang dikaitkan dengan kumpulan Kurdish telah ditutup, menjadikan bilangan organisasi media ditutup kepada 160.

Erdogan ketika ditemui pemberita pada Sabtu berkata, beliau mahu mengembalikan pelaksanaan hukuman mati di negara itu berikutan tindakan cubaan rampasan kuasa.

“Saya yakin isu ini akan diusulkan di Parlimen,” katanya. – Agensi

The post Turki pecat 10,000 kakitangan awam, media ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?