Bayi perempuan maut dipercayai akibat didera pengasuh

md-zukir-md-isa
SUNGAI PETANI, 4 Safar 1438H, Jumaat – Seorang bayi perempuan berusia empat bulan maut dipercayai akibat didera oleh pengasuh dalam kejadian di Kampung Jerai, Kuala Sin Bukit Selambau, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima laporan daripada doktor yang merawat bayi itu kira-kira 4.30 petang 27 Okt lepas, memaklumkan menerima pesakit mengalami sawan dan tidak sedarkan diri serta berada dalam keadaan kritikal.

“Hasil pemeriksaan, mangsa disyaki didera berdasarkan kesan kecederaan seperti pendarahan dalam otak, keretakan pada tempurung kepala dan kesan darah mengalir ke bahagian mata,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Mangsa meninggal dunia pada 10.20 pagi Isnin lepas (31 Okt), di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Susulan itu, polis menahan seorang suspek wanita berusia 40 tahun yang juga pengasuh kepada mangsa sejak Ogos lepas, sehari selepas kejadian.

Beliau berkata, mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik (kembar), manakala ibu bapa mangsa bekerja di sebuah kilang berhampiran.

“Suspek mengaku ada menghayunkan buaian pada 7.30 pagi dan kepala bayi terkena lantai. Pada masa itu mangsa masih sedar tapi dalam keadaan tidak bermaya.

“Suspek kemudian menghantar bayi itu ke rumah neneknya kerana tidak tahu nak buat apa, tanpa memberitahu apa-apa,” katanya, bahawa nenek suspek kemudian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Bukit Selambau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  – Bernama

The post Bayi perempuan maut dipercayai akibat didera pengasuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian