Harga gas pula bakal naik RM7 setong, lapor akhbar Cina

gas

BANGI, 4 Safar 1438 H, Jumaat – Harga gas petroleum cecair (LPG) dikatakan akan naik RM7 setong mulai tahun depan, lapor China Press, semalam.

Menurut akhbar berbahasa Cina itu, maklumat daripada peruncit mendakwa kenaikan itu bagaimanapun tidak akan berlaku tahun ini, tetapi akan naik tahun depan.

Sekarang ini, gas memasak dijual pada harga RM26.60 bagi tong 14 kilogram.

Akhbar itu juga melaporkan, ejen LPG memberitahu bahawa kenaikan harga gas berkenaan tidak dapat dielakkan.

“Cuma menunggu masa diluluskan dan diumumkan oleh kerajaan dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” lapor akhbar itu.

Akhbar ini turut membuat tinjauan terhadap beberapa peruncit dan ejen penjual LPG di sekitar Lembah Klang, namun mereka mengesahkan masih belum menerima sebarang maklumat mengenai kenaikan LPG seperti diura-urakan.

Awal bulan ini, harga minyak petrol dan diesel mengalami peningkatan selaras langkah kerajaan mengapungkan harganya.

Harga minyak masak juga naik 1 November lalu selepas kerajaan memansuhkan subsidinya, kecuali bagi minyak masak diisi dalam paket 1 kilogram.

The post Harga gas pula bakal naik RM7 setong, lapor akhbar Cina appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian