Israel kuatkuasa undang-undang larang masjid di Palestin guna pembesar suara untuk azan

kota-al-quds

JERUSALEM, 14 Safar 1438H, Isnin – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, dia akan menyokong rang undang-undang kontroversi yang bertujuan menghadkan azan solat dari masjid Palestin.

Netanyahu berkata, dia akan menyokong rang itu bagi menghentikan penggunaan pembesar suara untuk melaungkan azan dan menyifatkan ia sebagai gangguan bunyi.

“Saya tidak kira berapa kali – ianya terlalu banyak – rakyat datang kepada saya dari semua bahagian masyarakat Israel, dari semua agama mengadu mengenai bunyi bising berlebihan datang dari pembesar suara masjid,” katanya.

Walaupun draf rang undang-undang itu boleh diguna pakai kepada semua rumah ibadat, namun ia hanya dilihat khusus mensasarkan masjid.

Sebelum ini, pihak rejim Israel mengharamkan azan solat Subuh di tiga buah masjid iaitu Masjid Al-Rahman, Al-Taybeh dan Al-Jamia di daerah Abu Dis, Jerusalem.

Rejim Israel juga tidak memberi alasan larangan tersebut selain penduduk di bahagian Timur ditegah untuk ke Masjid Salah Al-Din bagi menunaikan solat Subuh. – Agensi

The post Israel kuatkuasa undang-undang larang masjid di Palestin guna pembesar suara untuk azan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?