KPM nafi kajian cadangan mansuh UPSR
KUALA LUMPUR, Safar 1438H, Rabu – Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan sedang melaksanakan kajian berhubung pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang disebarkan di laman sosial.
Penafian itu dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menerusi laman Facebook beliau hari ini.
“Saya menafikan bahawa kajian ini diadakan oleh mana-mana bahagian di kementerian atau Pejabat Menteri Pendidikan. Harap maklum,” katanya.
Sejak semalam, topik Kajian ‘RESPON – CADANGAN MANSUH UPSR’, mula menjadi viral apabila meminta orang ramai memberi kerjasama secara dalam talian melalui capaian http://ift.tt/2gHSHtK.
Tarikh akhir kajian itu dimaklumkan pada 1 Disember jam 12 tengah hari.
The post KPM nafi kajian cadangan mansuh UPSR appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan